Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts

Anak Aaron Aziz Bintangi Filem Romeo Kota

Friday 17 May 2013

Wah nampaknya Aaron Aziz sudah membina kerjaya anaknya dalam bidang lakonan.Katanya penglibatan Dwi Ariana sebenarnya secara tidak sengaja apabila terpaksa menggantikan wata kanak-kanak dalam Romeo Kota.

Namun Aaron Aziz yakin anaknya punyai minat kerana beliau mudah mebghafal skrip yang diberikan.

Aaron mengakui sering memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran.
Well kalau bapa dah pelakon,mestilah nak anak jugak jadi pelakon berjaya

Sinopsis Filem Bisikan Syaitan

Saturday 4 May 2013
Sinopsis Filem Bisikan Syaitan


bisikanSinopsis Filem Bisikan Syaitan

Sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.
Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.

Sinopsis Filem Langgar Lakonan Adi Putra

Wednesday 24 April 2013
Sinopsis Filem Langgar - Trailer Filem Langgar


Langgar mengisahkan Nizam lakonan aktor berkaliber Adi Putra ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Aina lakonan Nadia Heng dirogol dan dibunuh sekumpulan gangster. Lebih malang, isterinya dibunuh ketika sarat mengandung anak sulung mereka.

Ketika itu, Nizam terselamat dan meratap kematian isterinya yang mati tidak bersalah. Justeru, Nizam tekad mencari pembunuh isterinya untuk menegakkan keadilan itu.

Nizam diperkenalkan kepada ketua gangster, Radzi lakonan hebat Namron oleh teman lamanya, Khairul (Bell Ngasri). Selepas diuji orang kanan Radzi, Loy yang dihidupkan pelakon terkenal Zulhuzaimy, Nizam layak menyertainya dan menjadi pengutip hutang.

Selepas mengetahui nama isteri dan bapa mentuanya berada dalam senarai mereka yang tidak membayar hutang, Nizam yakin dia memilih jalan yang betul untuk membalas dendam.

Bermulalah percaturannya untuk membunuh setiap seorang yang bertanggungjawab membunuh isterinya itu. Sesuatu yang pasti, Nizam tidak sekali berpatah balik sebaliknya melanggar semua yang pernah berdosa kepada isterinya.

Pelakon Filem Langgar Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Bell Ngasri, Natasha Hudson, Nadia Heng, Daniel Wong, Komeng, Collan Koo & Zalif Sidek




Jalan cerita macam best ja 

Sinopsis Filem Mencari Cinta - Filem Yang Banyak Kontroversi?

Saturday 13 April 2013
MENCARI CINTA2

Filem ini khabarnya telah menimbulkan kontroversi bila adegan-adegan yang katanya seolah-olah sebuah adegan S*KS.

Sinopsis Filem Mencari Cinta

Filem yang berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya.
Jodoh temukan Myra dan Razlan, disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.
SUMBER:.thebestfilms.net

sejauh mana anda yang tentukan :)

Sinopsis Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang - UAI Berlakon jugak ke?

Saturday 30 March 2013
Sinopsis Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..Korang rasa Ustaz Azhar Idrus berlakon jugak ke?

Sinopsis filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan Shiro


Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Pelakon Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang: Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.

Terbitan: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
Pengarah: Pierre Andre

Kalau yer UAI berlakon memang gempak habis ler..huhuhuh

Sinopsis Filem Cerita Kita Dari Pierre Andre

Tuesday 29 January 2013

Screen Shot 2013-01-30 at 12.49.06 PM

Sinopsis Filem Cerita Kita :

Menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi cinta. Kamal (Pekin Ibrahim) yang sebelum ini hanyalah seorang pencuci kereta, kini berubah atas nasihat Ika (Yana Samsudin), gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika.
Namun, cinta menjadi buta dengan tibanya seorang lelaki penuh gaya dan kaya. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Ika akan terus dengan cinta setianya atau berubah hati?

Pelakon Cerita Kita : Yana Samsuddin,Pekin,Fezrul Khan
Trailer Cerita Kita 

Remy Ishak Bayar Rm 2k Untuk Tawar Nadiya Nissa Jadi Kekasih


XOXO-3

Info XOXO :

Pelakon :Tiz Zaqyah ,Remy Ishak Dan Nadiya Nissa
Tayanga : Skrin Tv 9 8.30 malam
Lagu tema :

Sinopsis :

Filem yang mengisahkan tentang Nadiya Nisaa ditawarkan duit untuk menjadi kekasih Remy Ishak selama sehari. Pada mulanya lakonan mereka berjalan lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar oleh adik perempuan Remy. Rupanya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha.
‘XOXO’ mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia. Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.
Mahu tahu apakah yang terjadi seterusnya? Kenapa pula Haziq perlu mengupah wanita untuk menjadi kekasihnya? 
Ganas sangat Cik Ted tengok make up Nadiya Nissa dalam citer nih..hehehe lain bebano dengan Adam dan Hawa..


Video Sehangat Asmara Episode 1

Monday 21 January 2013
Selepas Adam dan Hawa,mungkinkah fenomena Sehangat Asmara sehangat dramanya?Papepun jom layan Sehangat asmara episod 1 :




Tonton online sehangat asmara episode 1

Sinopsis Untuk Terkahir Kali Gandingan Baim Wong Dan Elfira Loy

Sunday 16 December 2012
Makin melonjak naik nama artsi remaja yang seorang ni iaitu elfira loy.Drama Dalam Hati Ada Taman gandingan Elfira Loy masih lagi ditayangan televisyen bersama Randy Pangaila,kini Elfira digandingkan pula dengan Baim Wong.

Info Drama Untuk Terakhir Kali

Keluaran : Cube Film Sdn Bhd.
Pelakon :Baim Wong dan heroin Elfira Loy
Bersiaran di  Astro Ria
Lagu tema terakhir kali dari Marsha Milan Londoh

Sinopsis Untuk Terakhir Kali

Mengisahkan cinta seorang suami warga seberang terhadap isterinya orang tempatan. Dalam membina kebahagiaan hidup berumah tangga, banyak rintangan harus dilalui mereka hanya kerana beza kerakyatan.






Sinopsis Filem Kahwin 5 - Ada Ker?

Sunday 25 November 2012
Kahwin 5
Cover Filem Kahwin 5

Poster Kahwin 5


Info Filem Kahwin 5
 Pelakon : Usop Wilcha , Fizz Fairuz , Dian P.Ramlee , Andrea Abdullah, Marsha Londoh, Anzalna, Soffi Jikan ,
Penulis: Fairulnizam Ablah, Nizam Zakaria & Panel Skrip Showbiz
Pengarah: Nizam Zakaria
Penerbit: Showbiz Productions Sdn.Bhd. dan Marna Films Sdn.Bhd.

Sinopsis Filem Kahwin 5

Dr. K seorang jutawan MLM mangkuk plastik yang terkenal dengan sifat mata keranjangnya hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya. Namun kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diugut oleh abang Fara, Pembantu Peribadinya. Kekalutan berlaku kerana Dr. K berdepan dengan dilema untuk memilih antara isteri-isterinya ataupun Fara.
Sinopsis:
Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran ‘playboy tua’ dan sifat mata keranjangnya masih ingin merasa hidup sebagai seorang bujang.
Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.
Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru disambut sebagai satu peluang positif, bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap Pembantu Peribadinya, Fara, Dr.K seakan tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.
Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah komedi, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012.
Agak menarik!Tapi ade ke kahwin 5?

Sinopsis Pontianak Vs Orang Minyak Lakonan Nabil Dan Johan

Friday 23 November 2012
Sinopsis Pontianak Vs Orang Minyak Lakonan Nabil Dan Johan


Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua hantu yang baru berkecimpung dalam dunia hantu. Ponti (lakonan Nabil) ialah pontianak lelaki yang tidak disukai pontianak lain kerana sepatutnya pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula orang minyak lembut yang memeningkan kepala orang minyak lain yang ditugaskan menunjuk selok-belok menjadi orang minyak.

Bagaimanapun, ujian terakhir mereka ialah cabaran yang sangat hebat apabila dihantar untuk mencari mangsa di Kampung Puaka.

Malangnya, Kampung Puaka dipenuhi penduduk yang tidak takut hantu. Mereka adalah pawang, bomoh dan hantu yang bertaubat.

Kampung Puaka juga dipasang 'pendinding sakti' di mana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung.

Satu hari, Kampung Puaka menerima penduduk baru, Saodah dan dua anak perempuannya, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang menyerang anak perempuan Saodah, tetapi sebaliknya jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi dan Omi pula mencintai Bunga Cinta Melur.
Mereka mengambil keputusan menukar rancangan. Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi menyerang Bunga Cinta Kasturi. Namun, mereka berdua dihalang sesama sendiri sehingga menyebabkan pertelingkahan.

Pada masa sama, wujud perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua kampung sedia ada, Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro.

Disebabkan Pak Rejab lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dan belot. Dia membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak dan Ratu Pontianak.

Bagaimana kesdudahannya?Nantikan...

Blogger Hanis Zalikha Dalam Cerekarama Mariam Kampung Putat


Cerekarama yang menampilkan blogger terkenal,Hanis Zalikha bakal menemui anda di kaca tv.

Sinopsis Maryam Kampung Putat

Al-kisah seorang gadis tidak sengaja terlanggar Danial dan menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.Oleh kerana malu dengan jejaka handsome bernama Danial tu,Mariam terus takut untuk keluar rumah sejak peristiwa tu. Apa yang berlaku seterusnya?Saksikan Mariam Kampung Putat
baca sinopsis dah tahu citer ni kelakar.nak tahu la jugak camne Hanis berlakon yer.





Filem Adik Manja Returns Sinopsis

Tuesday 20 November 2012

Sinopsis filem Adik Manja Returns




Info Filem Adik Manja Returns

Pengarah :Othman Hafsham
Tayangan:Lagu Tema:

Pelakon:Maria Tengku Sabri, Ezlynn, Usup Wilcha, Norlia Ghani, Jegan, Along & Azrul Cham, Kumpulan HMC Phlow dan Kumpulan Rokusteps



Sinopsis Adik Manja Returns

Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Profesional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

 Adakah Cikgu Azmi berjaya membentuk perilaku pelajar nakal itu?

Nak tahu kesudahannya,sila tunggu tayangan adik manja returns nanti!

Sinopsis Filem Lagenda Budak Hostel (LBH)

Dulu Lagenda Budak Setan,sekarang lagenda Budak Hostel pulak..

Sinopsis Filem Lagenda Budak Hostel (LBH)


Lagenda Budak Hostel (LBH)

Info Filem Lagenda Budak Hostels

Judul :Lagenda Budak Hostels
Pengarah:Ismail
Tayangan:Metrowealth
Lokasi:Ulu Yam Selangor
Pelakon :Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Angah), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek)

Lagenda Budak Hostel (LBH)  menceritakan karenah nakal dan lucu pelajar sekolah asrama. Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put)  melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan.

Kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.

Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu?

Promo Lagenda Budak Hostel



Novel Ke Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

Wednesday 7 November 2012

Satu lagi novel yang khabarnya akan diterbitkan menjadi drama.waaa best la kan..

Sinopsis Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah
.

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.


Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.


Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya (11 Oktober 2012)

Friday 5 October 2012

Gambar Nora Danish (Heroin Filem Aku Terima Nikahnya)

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya?

Barisan Pelakon Filem Aku Terima Nikahnya
Adi Putra, Nora Danish,Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel

Gandingan hebat ni pasti memikat ramai penonton di pawagam nanti.Tengok trailer pundah romantik giler.

Filem AKu Terima Nikahnya akan ditanyangkan di pawagam pada 11 Oktober 2012.Pasti meletop!Saksikan nanti ye!

Sinopsis Filem Cinta Suci Zahrana Dari Penulis Ayat-Ayat Cinta

Saturday 15 September 2012
Sinopsis Film Cinta Suci Zahrana

Info Filem Cinta Suci Zahrana

Jenis Filem : Drama
Produser : Leo Sutanto
Produksi : SINEMART PICTURES
Sutradara : Chaerul Umam
Homepage : www.sinemart.com
Tayang : 15 Agustus 2012 
Pelakon : Meyda Sefira (Zahrana), Miller Khan, Kholidi Asadil, Citra Kirana, Nena Rosier Amaroso Katamsi (Munajad) Lenny Marlina

Sinopsis Cinta Suci Zahrana

Zahrana seorang dosen berprestasi yang belum juga mendapatkan/menemukan jodoh disaat usia yang sudah tidak lagi muda, walaupun sederet prestasi telah diraihnya. Sang bapak (Pak Munajat) ingin sekali melihat anak semata wayangnya “Rana” segera menikah karena kerinduannya akan seorang cucu.
Akhirnya Dosen fakultas Arsitektur Universitas Mangunkarsa Semarang tersebut mendapat lamaran dari sang atasan dekan fakultas teknik “Pak Karman” yang menjanjikan akan menghajikan kedua orang tua Rana jika mereka menikah, tetapi lamaran itu ditolah oleh sang perawan tua karena lelaki yang hendak melamarnya ini mempunyai perangai yang buruk, bertambah sakitlah Pak Munajat sang ayah menyaksikan hal ini.
Untunglah Rana mempunyai seorang teman yang baik hati, Lina namanya. Dia (Lina) menyarakankan pada Zahrana untuk menemui Kyai Amir Shadiq, akhirnya Rana dipasangkan dengan seorang pemuda Shaleh penjual penjual kerupuk “Rakhmad” yang latar belakang pendidikan berbeda 180 derajat dengan zahrana. Malang tak dapat ditolak, untung tak dapat diraih, saat mendekati akad nikah Rakhmad meninggal dunia. Bagaimanakah akhircerita Zahrana?

Sinopsis dalam bahasa Indonesia,saya pun urang faham,,hehehe.. Tapi baca sinopsisnya rasa cam best jugak cuma tunggu tayang kat tv jelah..huhhuh

Trailer Cinta Suci zahrana


Sinopsis Sofarz The Movie Jiwa Kacau Arahan Tauke

Friday 14 September 2012
Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Info Filem Sofarz The Movie Jiwa Kacau

Terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd 
Pengarah : Isma Ismail dan Tauke Jambu
Pelakon :Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke Jambu), Bob (Jepp Sepahtu), AR Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha), Atendan Kulai (Mamat Sepah), Atendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) 

Sinopsis Filem Sofarz The Movie Jiwa Kacau :

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan kumpulan anak muda bernama Sofazr yang menjadi pujaan ramai. Mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehinggakan mereka mengadu kepada pengurus mereka, Zack (Zul 2by2) yang mereka kepenatan.
Zack membeli ubat tradisional daripada Pak Mastur (Hamdan) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka. Tetapi malangnya Zack tersilap mendengar arahan yang diberikan.
Selepas minum ubat ini, mereka hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan dihantar ke pusat pemulihan. Di sini mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke Jambu), Bob (Jepp Sepahtu), AR Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha), Atendan Kulai (Mamat Sepah), Atendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi.
Cam menarik je filem arahan Tauke ni kan..

Sinopsis Filem Animasi 3D Supersquad The Movie

Sinopsis Filem Animasi 3D Supersquad The Movie


Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.
Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung.
Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.
Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.
Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit? Saksikan filem animasi ini kelak untuk mengetahui kesudahannya
Info Supersquad 

Penyumbang suara untuk filem ini ialah Aaron Aziz, Marina Tan sebagai Alan Elza Irdawati (Sasha) Megat Shahrizal (Zeeboz)Maya Arissa (Ratu) dan Naa Murad (Mat)

Gambar Aaron Aziz Di Pelancaran Filem Supersquad




Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang Lakonan Cute Lisa Surihani

Wednesday 12 September 2012
Lakonan cute Lisa Surihani..Tak percaya tengok je video ni dengan rambutnya berstyle comel gitu..
Video Istanbul Aku Datang 


ARAHAN: Bernard Chauly

PELAKON: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan

GENRE: Cinta komedi

TAYANGAN: 1 Februari 2012

Sinopsis Istanbul Aku Datang


Istanbul Aku Datang mengisahkan pelajar kolej, Lisa yang mahu membuktikan dia mampu menjadi isteri baik kepada tunangnya. Ia termasuk sanggup terbang ke Istanbul untuk bertemu tunangnya yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana.
Dalam pengembaraannya di Istanbul, Lisa dapati bukan mudah mencari cinta sejati hinggalah dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang artis yang menetap di sana.

Agak menarik kan..
 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara