Sinopsis Filem Lagenda Budak Hostel (LBH)

Dulu Lagenda Budak Setan,sekarang lagenda Budak Hostel pulak..

Sinopsis Filem Lagenda Budak Hostel (LBH)


Lagenda Budak Hostel (LBH)

Info Filem Lagenda Budak Hostels

Judul :Lagenda Budak Hostels
Pengarah:Ismail
Tayangan:Metrowealth
Lokasi:Ulu Yam Selangor
Pelakon :Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Angah), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek)

Lagenda Budak Hostel (LBH)  menceritakan karenah nakal dan lucu pelajar sekolah asrama. Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put)  melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan.

Kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.

Masalah, hanya seorang saja yang akan berjaya memegang gelaran ketua pelajar itu. Maka, bermulalah 'peperangan' antara dua sahabat itu dalam usaha menarik undi siapa paling banyak. Malah, pelbagai taktik sanggup dilakukan mereka yang tidak mahu mengaku kalah demi mendapatkan cinta daripada Seroja.

Apakah usaha Put dan Kodan akan menemui kejayaan? Bagaimana pula dengan hubungan persahabatan mereka yang barangkali tergugat dengan persaingan itu?

Promo Lagenda Budak Hostel



0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara