Remy Ishak Bayar Rm 2k Untuk Tawar Nadiya Nissa Jadi Kekasih


XOXO-3

Info XOXO :

Pelakon :Tiz Zaqyah ,Remy Ishak Dan Nadiya Nissa
Tayanga : Skrin Tv 9 8.30 malam
Lagu tema :

Sinopsis :

Filem yang mengisahkan tentang Nadiya Nisaa ditawarkan duit untuk menjadi kekasih Remy Ishak selama sehari. Pada mulanya lakonan mereka berjalan lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar oleh adik perempuan Remy. Rupanya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha.
‘XOXO’ mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia. Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.
Mahu tahu apakah yang terjadi seterusnya? Kenapa pula Haziq perlu mengupah wanita untuk menjadi kekasihnya? 
Ganas sangat Cik Ted tengok make up Nadiya Nissa dalam citer nih..hehehe lain bebano dengan Adam dan Hawa..


0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara