Sinopsis Filem Animasi 3D Supersquad The Movie

Sinopsis Filem Animasi 3D Supersquad The Movie


Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.
Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung.
Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.
Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.
Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit? Saksikan filem animasi ini kelak untuk mengetahui kesudahannya
Info Supersquad 

Penyumbang suara untuk filem ini ialah Aaron Aziz, Marina Tan sebagai Alan Elza Irdawati (Sasha) Megat Shahrizal (Zeeboz)Maya Arissa (Ratu) dan Naa Murad (Mat)

Gambar Aaron Aziz Di Pelancaran Filem Supersquad




0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara