Sinopsis Filem Langgar Lakonan Adi Putra

Sinopsis Filem Langgar - Trailer Filem Langgar


Langgar mengisahkan Nizam lakonan aktor berkaliber Adi Putra ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Aina lakonan Nadia Heng dirogol dan dibunuh sekumpulan gangster. Lebih malang, isterinya dibunuh ketika sarat mengandung anak sulung mereka.

Ketika itu, Nizam terselamat dan meratap kematian isterinya yang mati tidak bersalah. Justeru, Nizam tekad mencari pembunuh isterinya untuk menegakkan keadilan itu.

Nizam diperkenalkan kepada ketua gangster, Radzi lakonan hebat Namron oleh teman lamanya, Khairul (Bell Ngasri). Selepas diuji orang kanan Radzi, Loy yang dihidupkan pelakon terkenal Zulhuzaimy, Nizam layak menyertainya dan menjadi pengutip hutang.

Selepas mengetahui nama isteri dan bapa mentuanya berada dalam senarai mereka yang tidak membayar hutang, Nizam yakin dia memilih jalan yang betul untuk membalas dendam.

Bermulalah percaturannya untuk membunuh setiap seorang yang bertanggungjawab membunuh isterinya itu. Sesuatu yang pasti, Nizam tidak sekali berpatah balik sebaliknya melanggar semua yang pernah berdosa kepada isterinya.

Pelakon Filem Langgar Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Bell Ngasri, Natasha Hudson, Nadia Heng, Daniel Wong, Komeng, Collan Koo & Zalif Sidek




Jalan cerita macam best ja 

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara