Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik (AIM19)

Saturday, 17 November 2012
Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik (AIM19)

Banyak betul anugerah untuk artis ni yer..hehehe
aim

Pengacara pada malam ini ialah Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor. Bagi anda yang tiada saluran Astro di rumah, boleh menonton siaran langsung AIM19 secara online diwww.youtube.com/AstroGempak

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik ke 19

1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO

6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)

9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina
12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
15. Album Terbaik – SalamMusik
16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

updating........

Gambar Akad Nikah Diana Danielle Dan Farid Kamil

Friday, 2 November 2012
Majlis pernikahan telah berlangsung dengan sederhana di Hotel Flamingo. Cantik sangat sebab ianya dilakukan di tepi tasik. Semoga Farid Kamil dan Diana Danielle akan berkekalan menjadi suami isteri sehingga akhir hayat dan dirahmati dengan anak yang ramai.



Lagi Gambar Majlis Kahwin Farid Kamil dan Diana Danielle

Tahniah Aaron Aziz Dilantik Pengacara Fear Factor Asia

Friday, 28 September 2012
Memang tak henti-henti rezeki Abg Adam ni,hero Drama Adam dan Hawa yang tengah meletop sekarang ni.Aaron Aziz kini telah dilantik sebagai pengacara fear factor Asia..Bukan senang tu tanggungjawab sebagai seorang pengacara rancangan ngeri gitu..

Jom tengok gambar-gambar Aaron Aziz ketika sidang media Fear Factor

Fear Factor Selebriti Malaysua

Fear Factor Selebriti Malaysua

Bapak hensem dan gagah la.hehehe i loike it!





Gambar Watak Nazmi Faiz Mansor dalam permainan video Pro Evolution Soccer 2013

Wednesday, 26 September 2012

Waaa hebatnya anak Malaysia,pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor semakin terkenal dan diiktiraf  apabila wataknya dimainkan dalam permainan video terbaru Pro Evolution Soccer 2013..Bangga rasanya kan?

Gambar-gambar watak Nazmi Faiz Mansor dalam permainan video Pro Evolution Soccer 2013

Photobucket



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Moga lepas ni lagi ramai yang berbakat cam gini..Credit info to beautifulnara :)

Siti Sarah Hamil Lagi!

Monday, 24 September 2012
Tahniah kepada Siti Sarah dan Syuib..Siti Sarah hamil lagi buat kali kedua.Kiranya mereka akan menyambut cahaya mata kedua la nanti ye..

siti sarah hamil lagi

Alhamdulilah, sebelum kami berjumpa doktor dua hari lalu, Sarah sudah pun mengesan kehamilannya dengan menggunakan alat uji kehamilan di rumah. Doktor yang melakukan imbasan kepada perut Sarah memberitahu usia kandungannya masih awal iaitu dalam 2 hingga 3 minggu dan yang kelihatan buat masa ini hanyalah segumpal darah lagi. Kami sangat teruja dengan berita ini, walaupun pada awalnya kami merancang untuk dapat anak lagi selepas Uwais besar sedikit dan boleh sedikit berdikari, namun kami terima pemberian ini dan menganggap ia sebagai rezeki Tuhan. “Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama.
gambar anak pertama Siti Sarah Dan Syuib

anak siti sarah

alala tomeinye dia :)

Mummy saya cakap,muda-muda ni bagus beranak ramai-ramai..hehehe


Gambar Kahwin Ustazah Sharifah Khasif Jadi Isu?

Pelik jugak tiba-tiba soal kahwin Ustazah Sharifah Khasif jadi isu kahwin senyap-senyap..

gambar kahwin ustazah sharifah khasif

Penjelasa Dari Ustazah :

Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.
Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.
Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.
Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.
Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.
Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.
Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

sharifah khasif

sk
sk

Untuk pengetahuan semua Ustazah Sharifah Khasif, mula dikenali selepas selepas muncul naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga di TV9 dan juga juara pertandingan musabaqah peringkat Kebangsaan.
Beliau telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Datuk Seri Mohammad Hizal Othman

sk

Diharapkan semoga mereka berbahagia.Lupakan yang sudah berlalu..Mungkin tersilap orang kot yang kahwin senyap-senyap tu

Penjelasan Vanida Tentang Isu Lafaz Cerai

Susulan Vanida dan Rashidi yang digesa oleh Mufti Perak untuk ke pejabat agama,kini Vanida tampil perjelas isu berkenaan..

Adegan lafaz cerai adalah antara Rashidi dan Ayu Raudah,bukan antara Rashidi dan Vanida


“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?
“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.
Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.
Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”
p/s:tak dapat nak ulas panjang sebab saya pun tak nengok lagi filem ini :)hehehe



Rozita Che Wan Nak Kahwin Dengan Datuk K?

Sunday, 23 September 2012

Macam mana la tiba-tiba boleh terkeluar gosip yang Datuk K dan Rozita Che Wan pernah berkahwin secara senyap-senyap?

RCW terkejut bila salah seorang anak Datuk K datang jumpa beliau meminta kepastian samada RCW ada hubungan atau tidak dengan bapanya..

Kata Rozita :

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan,"
"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin,"
Kan ke RCW dah kata dia nak kahwin dengan lelaki bujang je..

Kerana Filem Untuk 3 Hari Vanida Dan Rashidi Harus Rujuk Pejabat Agama

vanida rashidi

Terkejut rasanya dengar berita hari ini yang mengatakan yang Rashidi dan Vanida harus rujuk pejabat agama kerana perkahwinan mereka tidak sah!hanya kerana dialog dalam Filem Untuk Tiga Hari

Dialog dalam Filem 3 Hari :

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai
Ulasan daripada  mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. 
 Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

Diharapkan semoga mereka cepat-cepat rujuk pejabat agama..

Aliff Aziz Dan Ange Ngasri Dah Putus?Kenapa?

Hmmm sedih pulak baca kisah cinta Ange Ngasri dan Aliff Aziz yang khabarnya dah putus.Baru je dengar pot pet katanya nak kahwin hujung tahun ni..Tak kesampaianya la nampaknya yer

anne ngasri aliff aziz putus

Kata Ange :

Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.
Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.
Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional.

Kami harapkan Ange terus tabah..Maih ada lagi jejaka-jejaka hensem diluar sana yer Ange :)

Gambar Terbaru Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Amal

Gambar Terbaru Lisa Surihani Dan Yusry Di Rumah Amal

Walaupun baju Lisasimple tapi tetap cantik :)










Sudah 3 Bulan Kami Putus Cinta - Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah

Saturday, 22 September 2012
Setelah sekian lama peminat Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam teka-teki mengenai status hubungan artis kesayangan mereka,akhirnya Remy Ishak tampil memberi penjelasan..


"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,"
 "Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya,"
Kami semua jugak selaku peminat kamu turut sedih dengar berita ni tapi jodoh dan ketentuan semua di jalan Allah..Semoga Tiz dan Remy tak gaduh lepas ni..Nanti susah nak berlakon bersama dalam drama tau..

Gambar Betty Banafe Dan Kekasih Hati Bruce Dargus

Lama betul menyepi pelakon seorang ni kan.Muncul semula tup tup cakap bakal berkahwin pada Disember ni.Sapa kekasih hati Betty Benafe ni?

Gambar Kekasih Betty Benafe 


Betty memohon jodohnya di Mekah dan akhirnya termakbul..Kata Betty :

Dalam doa ketika mengerjakan umrah tahun lalu, saya mohon Allah pertemukan dengan jejaka jujur, bertanggungjawab dan berilmu. Saya tidak dambakan lelaki kaya, cukup jika dia berkeperibadian mulia, baik hati dan suka memajukan diri.


“Tidak lama kemudian, saya bertemunya ketika keluar makan bersama kawan diKLCC. Dia kenalan kepada salah seorang teman dan baru berhijrah ke sini. Pertama kali bertemu, saya dapat rasakan keserasian antara kami malah terdetik di hati dialah orang yang saya cari selama ini. “Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon dan keluar bersama beberapa kali. Dia suarakan hasrat menjadikan saya teman wanitanya dan saya berterus terang kepadanya bahawa saya bukan mencari teman lelaki tetapi bakal suami. Saya sudah penat bercinta dan tidak mahu buang masa lagi. 


“Mungkin sudah tertulis dia jodoh saya. Pada 28 Mei lalu, dia melamar dan ketika itu saya minta dia melamar sekali lagi di hadapan keluarga di Johor. Mulanya dia tidak faham dan selepas menjelaskan adat Melayu, dia datang bertemu keluarga pada 14 Jun lalu,” 

Sama kita tunggu majlis resepsi Betty Benafe yang bertemankan Arab :)

Ustaz Don Dan Husna Cover Majalah Mingguan Wanita

ustaz don

Sepadan bagai pinang dibelah 2  Ustaz Don dan isterinya Husna..Kepada peminat setia majalah mingguna wanita minggu ini sila la beli kerana dalam majalah minggu ini ustaz Don ada mengulas berkenaan inai di jari wanita :

Saya mahu jelaskan di sini berkenaan dengan pertanyaan mengenai inai di jari. Jika kita menyemak fatwa yang ada, mengapa ukiran di tangan dibenarkan di dalam Islam? Pertama, inai adalah perhiasan wanita. Lelaki pula tidak boleh memakai inai kecuali untuk perubatan. Ada juga yang sebut, bagaimana pula dengan ukiran? Ukiran ini disebut oleh ulama yang dibolehkan adalah dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan tidak berbentuk apa-apa makhluk

Banyak lagi menarik tips dari Ustaz Don Daniyal :)

Gambar Tunang Si Cantik Diana Amir

Friday, 21 September 2012
diana amir bertunang

Ayunya Diana Amir yang kini tunangan kepada seorang ustaz..

gambar tunang diana amir

Semoga Diana Amir dan tunangnya cepat-cepat kahwin yer :)

Biodata Dan Gambar Bertudung Emma Maembong

Cantik la Emma Maembong ni kan..Umur setahun jagung lagi dah mula berlakon dan dah femes dah..Jom berkenalan dengan gadis cantik ni..

Biodata dan Gambar Emma Maembong


Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
Nama Glamor: Emma Ma'embong
Umur: 19 (2012)
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Twitter: emma_maembong
Facebook: Emma Ma'embong


Pelik ke dengan nama Maembong?Sila baca apa makna disebalik Maembong ni



Sekali tengok maca minah salleh pun ada Emma ni kan..Memang tak puas nengok kecantikkan dia :)

Video Nyanyian Shila Hamzah Yang Menjadi Juara Asian Wave!

Jutaan tahniah diucapkan kepada Shila Hamzah kerana beliau baru saja menjadi juara Asian Wave!Dengan vokal yang mantap,kami percaya Shila memang layak menjadi pemenang..Jom kita tengok video lagu yang dipertaruhkan oleh Shila pada malam pertandingan berlansung..


Video Persembahan Shila di Asian Wave 2012


Lagu kedua nyanyian Shila



Shila telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu Grenade,lagu shanghai dan lagu Gemilang Jaclyn Victor :)
Sekali lagi syabas kepada Shila Hamzah..

Ning Baizura Teruja Hamil Anak Pertama 5 Bulan

Thursday, 20 September 2012
Jelas terpancar cahaya bakal seorang ibu di wajah Ning Baizura yang dah hamil 5 bulan.Rupanya Ning Baizura mengesahkan kehamilannya setelah 5 bulan,saya ingatkan baru aje sebulan..

ning baizura hamil

Gambar Ning Baizura Hamil

ning

Kata Ning:

Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini. Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki

Semoga kehamilan Ning Baizura sentiasa sihat :)

Gambar Nadiya Nissa dan Keluarga Yang Semakin Popular

Monday, 17 September 2012
Itu dia tempias dari fenomena Adam dan Hawa,Nadia Nissa kini semakin disebut namanya didada akhabr mahupun blog hiburan.Buat pengetahuan semua Nadia Nissa telah pun berumah tangga dengan seorang jejaka pilihan bernama  Saiful Razman Mohd Kassim dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar.Cute dan comel anak mereka:)

Jom layan gambar-gambar keluarga bahagia Nadia Nissa :

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pandai anak Nadia buat memek muka ek ?hehehe comel gitu

Misha Omar Ambil Anak Angkat Lagi - Comel Babynya

Lama tak dengar khabar Misha Omar ni kan..Terkini Misha dilaporkan telah selamat mengambil seorang lagi anak angkat..Comel bayinya :)










 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara