Kerana Filem Untuk 3 Hari Vanida Dan Rashidi Harus Rujuk Pejabat Agama

vanida rashidi

Terkejut rasanya dengar berita hari ini yang mengatakan yang Rashidi dan Vanida harus rujuk pejabat agama kerana perkahwinan mereka tidak sah!hanya kerana dialog dalam Filem Untuk Tiga Hari

Dialog dalam Filem 3 Hari :

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai
Ulasan daripada  mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. 
 Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.

Diharapkan semoga mereka cepat-cepat rujuk pejabat agama..

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara