Gambar Betty Banafe Dan Kekasih Hati Bruce Dargus

Lama betul menyepi pelakon seorang ni kan.Muncul semula tup tup cakap bakal berkahwin pada Disember ni.Sapa kekasih hati Betty Benafe ni?

Gambar Kekasih Betty Benafe 


Betty memohon jodohnya di Mekah dan akhirnya termakbul..Kata Betty :

Dalam doa ketika mengerjakan umrah tahun lalu, saya mohon Allah pertemukan dengan jejaka jujur, bertanggungjawab dan berilmu. Saya tidak dambakan lelaki kaya, cukup jika dia berkeperibadian mulia, baik hati dan suka memajukan diri.


“Tidak lama kemudian, saya bertemunya ketika keluar makan bersama kawan diKLCC. Dia kenalan kepada salah seorang teman dan baru berhijrah ke sini. Pertama kali bertemu, saya dapat rasakan keserasian antara kami malah terdetik di hati dialah orang yang saya cari selama ini. “Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon dan keluar bersama beberapa kali. Dia suarakan hasrat menjadikan saya teman wanitanya dan saya berterus terang kepadanya bahawa saya bukan mencari teman lelaki tetapi bakal suami. Saya sudah penat bercinta dan tidak mahu buang masa lagi. 


“Mungkin sudah tertulis dia jodoh saya. Pada 28 Mei lalu, dia melamar dan ketika itu saya minta dia melamar sekali lagi di hadapan keluarga di Johor. Mulanya dia tidak faham dan selepas menjelaskan adat Melayu, dia datang bertemu keluarga pada 14 Jun lalu,” 

Sama kita tunggu majlis resepsi Betty Benafe yang bertemankan Arab :)

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara