Penjelasan Vanida Tentang Isu Lafaz Cerai

Susulan Vanida dan Rashidi yang digesa oleh Mufti Perak untuk ke pejabat agama,kini Vanida tampil perjelas isu berkenaan..

Adegan lafaz cerai adalah antara Rashidi dan Ayu Raudah,bukan antara Rashidi dan Vanida


“Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?
“Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri,” katanya.
Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.
Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.
“Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku,” tegasnya.
“Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
“Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,”
p/s:tak dapat nak ulas panjang sebab saya pun tak nengok lagi filem ini :)hehehe



0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara