Kata Ange :
Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi.
Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan dia saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.
Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berkomunikasi dan kekal berkawan atas paksi profesional.
Kami harapkan Ange terus tabah..Maih ada lagi jejaka-jejaka hensem diluar sana yer Ange :)
0 comments:
Post a Comment