Setelah sekian lama peminat Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam teka-teki mengenai status hubungan artis kesayangan mereka,akhirnya Remy Ishak tampil memberi penjelasan..
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan,"
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya,"
Kami semua jugak selaku peminat kamu turut sedih dengar berita ni tapi jodoh dan ketentuan semua di jalan Allah..Semoga Tiz dan Remy tak gaduh lepas ni..Nanti susah nak berlakon bersama dalam drama tau..
0 comments:
Post a Comment