Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Gambar Majlis Cukur Jambul Anak Tomok

Sunday 16 September 2012
Comelnya gambar mereka sekeluarga ni.Tomok walaupun dah jadi seorang ayah tapi still nampak muka remaja gitu.

Gambar Majlis Cukur Jambul Anak Tomok


Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid

Gambar Sekitar Majlis Potong Jambul Anak Sulung Tomok - Arrianshah Akid

cukur jambul anak tomok

Tomok mengakui teruja dan berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 500 tetamu pada acara yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 6 petang itu. Katanya, dia tidak sangka akan menerima kunjungan tetamu seramai itu. Walaupun tidak menang tangan, dia berbesar hati kerana dapat berkongsi rezeki dan meraihkan ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang menyokongnya selama 13 tahun. Antara rakan artis yang hadir ialah Zul Yahya, Usop Wilcha, Fara Fauzana, Edry Abdul Halim dan kumpulan Sofazr.

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok
cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

cukur jambul anak tomok

Oh ya anak Tomok ialah Arrianshah Akid, berusia  tiga bulan setengah..Kalau dapat anak cam Tomok,mesti saya cubit2 pipinya tu..


Jom Terjah Facebook Rozita Che Wan

Tu dia Rozita Che Wan dah ada akaun facebook nampaknya.Setelah sekian lama dalam bidang seni,kali ni RCW terbuka hati nak create akaun fb untuk peminat-peminatnya.


"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.
Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.
"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan,"



Lepas ni boleh la peminat RCW bermanja sakan dengan artis pujuaan dorang ni dalam facebook nanti..

Facebook Rozita Che Wan


Ning Baizura Hamil

Friday 14 September 2012
Jutaan tahniah Cik Sara ucapkan kepada Ning Baizura diatas kehamilannya :) Ning akan mengadakan satu majlis media untuk mengumumkan kehamilannya pada minggu hadapan..

ning baizura mengandung

Wow siap sidang media tu..Kepada peminat Ning,doakan moga kandungan Ning Baizura sentiasa sihat yer :)

Nabil Sah Sertai Kumpulan Boboi

Wednesday 12 September 2012

Afdlin Shauki telah mengesahkan Ahmad Nabil Ahmad adalah merupakan ahli baru mereka dalam kumpulan Boboi.

Kata Afdlin :

“Jika saya dikenali dengan gelaran Boboyot, Harun pula Boboi we jadi tidak kami memberikan nama Boboi nge kepada Nabil kerana telinganya yang capang. Kami mengharapkan agar dapat memberikan yang terbaik kepada penonton melalui gabungan tiga generasi,”

Waa lepas ni nampaknya makin banyak lawak yang kreatif bakal diberikan kepada penonton hasil gabungan 3 pelawak ini :)

Ayu Raudah Hamil,Zaquan Kerap Loya

Tahniah kepada pasangan Ayu Raudah dan Zaquan diatas kehamilan Ayu yang sudah memasuki usia 3 bulan..

ayu raudhah mengandung

Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.
Mesti anaknya comel macam mama dan papanya kan?

Azean Irdawaty Tabah Menghadapi Penyakit


Perkembangan kesihatan Azean Irdawaty semakin membimbangkan apabila doktor mengesahkan terdapat tumor dalam otak beliau..

 
"Jika diikutkan, memanglah ia berita yang menyedihkan buat Kak Yan. Namun Kak Yan reda dengan segala ujian yang mendatang. Kak Yan pun tidak merasa tanda-tanda pelik mahupun merasa pening. Tetapi badan Kak Yan terlalu lemah dan tidak bermaya. "

Sepanjang hidup, Kak Yan mampu untuk berpantang apa saja demi mengikut nasihat doktor dan Kak Yan juga masih mampu untuk melawan segala penyakit yang datang.Namun, hanya masalah tekanan atau stress saja yang sangat sukar ditepis. Mungkin dengan stress juga membuatkan macam-macam penyakit senang Kak Yan dapat," 
 Kronologi berikutan penyakit yang dialami Azean Irdawaty

* Seniwati ini disahkan menghidap barah payu dara pada pertengahan Jun 2007.

* Beliau melakukan pembedahan pada 27 Jun tahun sama di Hospital Putrajaya yang diketuai Ketua Jabatan Pembedahan dan Ketua Pakar Pembedahan Payu Dara dan Endokrin, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

* Kira-kira setahun kemudian, Azean memaklumkan, dirinya diuji lagi apabila ujian imbasan menunjukkan barah itu sudah menyelinap ke paru-paru dan hati. Beliau turut dikejutkan saranan doktor supaya dia menyediakan wasiat sebelum terlambat kerana mengikut perkiraan, dia dijangka meninggal dunia pada Oktober 2010.

* Azean meminta orang ramai `menghadiahkan' solat hajat buatnya ketika menyambut ulang tahun ke-62, Februari lalu. Katanya, kesihatan dirinya semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema, iaitu kesan daripada pembedahan membuang 16 kelenjar ketika menghidap barah payu dara sebelum ini.

* Awal tahun ini, tersebar khabar angin kononnya Azean meninggal dunia. Namun beliau tampil menafikan khabar terbabit.

Diharapkan semoga Kak Yan terus tabah menghadapi ujian ini..


Aaron Aziz Jadi Doktor Cinta Untuk Era

Tuesday 11 September 2012
Aaron Aziz di ABP

Nampaknya lepas ni makin ramai yang tertunggu-tunggu nasihat dari Doktor Cinta iaitu Aaron Aziz!

“Mulai Jumaat depan iaitu 14 September 2012, Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac. Segmen selama dua jam ini akan disiarkan bermula jam 9 malam hingga 11 malam.
“Menerusi segmen ini, Aaron akan menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta. Segmen ini juga menggantikan segmen Dr Love,

Tahniah Aaron Aziz..Rezeki mencurah-curah sejak menjadi penduduk tetap Malaysia :)

Gambar Pertunangan Diana Danielle dan Farid Kamil

Gambar Pertunangan Diana Danielle dan Farid Kamil

gambar pertunangan diana danielle

gambar pertunangan diana danielle

gambar pertunangan diana danielle

gambar pertunangan diana danielle

gambar pertunangan diana danielle

gambar pertunangan diana danielle
kredit gambar beautifulnara :)

Kami Masih Bersama - Qi dan Yuna

Berikutan lamanya tidak mendengar khabar hubungan Qi dan Yuna,peminat mula resah adakah mereka masih bersama?

yuna dan qi masih bercinta

Berikut penjelasan daripada Qi :

Hubungan kami masih sama seperti dulu cuma saya mengakui kini kami jarang berhubung memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Dia tengah mencipta nama di Amerika sementara saya pula sedang sibuk dalam proses mengarahkan sebuah drama yang berbentuk komedi tidak lama lagi. Namun, pada bulan ini kami berdua sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama. Jika tidak, empat atau lima bulan sekali baru boleh berjumpa.
Jadi kepada peminat Yuna dan Qi,usah resah kerana artis kesayangan korang masih lagi bercinta tapi jarang berjumpa sahaja :)


Gambar Perut Fasha Sandha Bila Hamil

Suka kami nengok gambar Fasha Sandha yang nampak sangat bahagia disaat kehamilannya..Perut Fasha dah mula kelihatan tapi Fasha still maintain cantik lagi..

Gambar Fasha Sandha hamil:

fasha baru

fasha baru

fasha baru

fasha baru

fasha baru

fasha baru

Kata Fasha Sandha beliau alah dengan ubat gigi..Hmm betul ke Fasha?Macam manala nak berus gigi nanti yer :)


Masakan Fasha Sandha Untuk Jejai

Monday 10 September 2012
Masakan Fasha Sandha Untuk Jejai

Jom kita layan gambar-gambar masakan dari air tangan Fasha Sandha untuk suami tersayang Jejai :)







Kata Fasha dia suka masak dan makan bersama Jejai :

"Makan bersama suami. Home cooked meals are the best," 

Aaron Aziz Dan Dafi Di Majlis Pelancaran Filem Supersquad

Gambar Aaron Aziz Dan Dafi Di Majlis Pelancaran Filem Supersquad

filem supersquad

filem supersquad

Dafi nampak tembam la sikit..

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

filem supersquad

Oh ya filem Supersquad ni menggunakan suara Aaron Aziz sebagai suara latar watak dalam filem tu..

Maaflah Hati Saya Sudah Dimiliki - Ainan Tasneem

Nampknya ramai yang akan kecewa membaca berita terbaru Ainan Tasneem..Hati gadis kecil molek ini sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka..

kekasih ainan tasneem

Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tak timbullah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan. Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya.

Lepas ni jangan gatal-gatal lagi nak ngorat Ainan ni adik-adik..

Tahniah!Memey Suhaiza Hamil 4 Bulan

Sunday 9 September 2012
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana mereka telah dikurniakan bakal baby :) hehehe

memey hamil

Kata Memey,dia sangat bahagia :

Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya. Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.
 Doktor beritahu, alahan biasanya dialami sehingga kehamilan mencecah usia tiga bulan, tetapi saya telah masuk bulan keempat masih mengalami alahan. Uniknya, sejak 31 Ogos lalu, suami saya turut terkena tempias alahan yang sama seperti saya. Deria bau suami semakin sensitif dan katanya pergi mana-mana dia rasa ada bau busuk dan tekak loya-loya. Pada mulanya saya pelik juga, tetapi apabila suami beritahu dia mengalami perkara yang sama ketika Kak Abby mengandungkan anak yang kedua, saya rasa memang perkara seperti ini boleh berlaku
 memey hamil

Semoga baby yang dikandung Memey sentiasa sihat hendaknya :)

Takziah Bapa Angkasawan Negara Meniggal Dunia

Thursday 6 September 2012
Takziah diucapkan kepada angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar diatas pemergian bapa tercinta ke rahmatullah jam 9.26 pagi tadi.


Pembantu Peribadi Dr Sheikh Muszaphar, Wani Idris memberitahu, Allahyarham Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Jenazah dibawa ke kediamannya di Bangsar dan dijangka disemadikan di Seremban selepas solat Jumaat.
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham dan semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Kenapa Nurul Syuhadah Letak Jawatan?

nurul syuhada letak jawatan

Pengacara tv,Nurul Syuhadah Nurul Ain telah meletak jawatan sebagai pengacara telah tersebar dengan pantas..Ramai peminat beranggapan bahawa perletakan jawatan beliau adalah kerana isu daif baru-baru ini dan juga berikutan dengan penghijrahan beliau.

penjelasan dari Nurul Syuhadah sendiri :

Surat perletakan jawatan telah saya serahkan sehari sebelum saya berhijrah kepada imej sekarang. Saya harap jawapan ini cukup jelas untik menjawab isu mengenai pengunduran saya bahawasanya ia bukan disebabkan kerana saya sudah berhijab dan ianya juga langsung tidak ada kena-mengena isu yang lagi satu itu. Saya sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook dan secara langsung di TV3 mengenai dakwaan mengatakan saya telah memperlekehkan sebuah bandar di Sarawak kerana merujuknya sebagai tempat yang daif sewaktu siaran langsung itu disiarkan pada 31 Ogos lepas. Diharapkan orang ramai jelas dan jangan tersalah tafsir dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Kesemua ini saya anggap sebagai satu kebetulan saja iaitu perletakan jawatan, penghijrahan dan isu siaran langsung yang melibatkan saya itu. Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
 Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikirkan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak bergelar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan kepada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, InsyaAllah. Dahulu saya pernah sambung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diteruskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat untuk memiliki sarjana, mungkin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam
Dengan penjelasan yang diberikan oleh Nurul Syuhadah diharapkan agar semua peminat sentiasa menyokong beliau..Gud luck Nurul :)
 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara