Kenapa Nurul Syuhadah Letak Jawatan?

nurul syuhada letak jawatan

Pengacara tv,Nurul Syuhadah Nurul Ain telah meletak jawatan sebagai pengacara telah tersebar dengan pantas..Ramai peminat beranggapan bahawa perletakan jawatan beliau adalah kerana isu daif baru-baru ini dan juga berikutan dengan penghijrahan beliau.

penjelasan dari Nurul Syuhadah sendiri :

Surat perletakan jawatan telah saya serahkan sehari sebelum saya berhijrah kepada imej sekarang. Saya harap jawapan ini cukup jelas untik menjawab isu mengenai pengunduran saya bahawasanya ia bukan disebabkan kerana saya sudah berhijab dan ianya juga langsung tidak ada kena-mengena isu yang lagi satu itu. Saya sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook dan secara langsung di TV3 mengenai dakwaan mengatakan saya telah memperlekehkan sebuah bandar di Sarawak kerana merujuknya sebagai tempat yang daif sewaktu siaran langsung itu disiarkan pada 31 Ogos lepas. Diharapkan orang ramai jelas dan jangan tersalah tafsir dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Kesemua ini saya anggap sebagai satu kebetulan saja iaitu perletakan jawatan, penghijrahan dan isu siaran langsung yang melibatkan saya itu. Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
 Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikirkan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak bergelar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan kepada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, InsyaAllah. Dahulu saya pernah sambung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diteruskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat untuk memiliki sarjana, mungkin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam
Dengan penjelasan yang diberikan oleh Nurul Syuhadah diharapkan agar semua peminat sentiasa menyokong beliau..Gud luck Nurul :)

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara