Azean Irdawaty Tabah Menghadapi Penyakit


Perkembangan kesihatan Azean Irdawaty semakin membimbangkan apabila doktor mengesahkan terdapat tumor dalam otak beliau..

 
"Jika diikutkan, memanglah ia berita yang menyedihkan buat Kak Yan. Namun Kak Yan reda dengan segala ujian yang mendatang. Kak Yan pun tidak merasa tanda-tanda pelik mahupun merasa pening. Tetapi badan Kak Yan terlalu lemah dan tidak bermaya. "

Sepanjang hidup, Kak Yan mampu untuk berpantang apa saja demi mengikut nasihat doktor dan Kak Yan juga masih mampu untuk melawan segala penyakit yang datang.Namun, hanya masalah tekanan atau stress saja yang sangat sukar ditepis. Mungkin dengan stress juga membuatkan macam-macam penyakit senang Kak Yan dapat," 
 Kronologi berikutan penyakit yang dialami Azean Irdawaty

* Seniwati ini disahkan menghidap barah payu dara pada pertengahan Jun 2007.

* Beliau melakukan pembedahan pada 27 Jun tahun sama di Hospital Putrajaya yang diketuai Ketua Jabatan Pembedahan dan Ketua Pakar Pembedahan Payu Dara dan Endokrin, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

* Kira-kira setahun kemudian, Azean memaklumkan, dirinya diuji lagi apabila ujian imbasan menunjukkan barah itu sudah menyelinap ke paru-paru dan hati. Beliau turut dikejutkan saranan doktor supaya dia menyediakan wasiat sebelum terlambat kerana mengikut perkiraan, dia dijangka meninggal dunia pada Oktober 2010.

* Azean meminta orang ramai `menghadiahkan' solat hajat buatnya ketika menyambut ulang tahun ke-62, Februari lalu. Katanya, kesihatan dirinya semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema, iaitu kesan daripada pembedahan membuang 16 kelenjar ketika menghidap barah payu dara sebelum ini.

* Awal tahun ini, tersebar khabar angin kononnya Azean meninggal dunia. Namun beliau tampil menafikan khabar terbabit.

Diharapkan semoga Kak Yan terus tabah menghadapi ujian ini..


0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara