Menerusi Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.
Tahniah diucapkan kepada Azza.Semoga imej ini berkekalan selamanya :) kan manisbertudung ..cantik gitu,suami pun sayang..hehehhe
0 comments:
Post a Comment