Bayi yang diberi nama Muhammad Jibrael Mohd Khaifairil itu dilahirkan seberat 3.33 kilogram dalam keadaan sihat walafiat. Menurut teman SS yang rapat dengan Azizah, ini adalah bayi lelaki keempat berikutan sebelum ini dia sudah mempunyai tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Lima tahun menanti pastinya ini adalah kelahiran yang dinanti-nanti Azizah dan suami, lebih istimewa lagi kelahiran berlaku dalam bulan Syawal yang mulia ini.
Walaupun sebelum ini Azizah sudah mempunyai anak lelaki, kehadiran bayi ini pastinya lebih menceriakan mereka yang turut sama merindui suara tangisan kanak-kanak di rumah.
Kata teman SS lagi, selepas mengetahui dirinya hamil awal tahun ini, Azizah sentiasa berjaga-jaga dan membataskan jadual hariannya berikutan bimbang masalah timbul disebabkan faktor usianya.
Sumber Budiey.com..Semoga bayinya sentiasa sihat..
0 comments:
Post a Comment