Sinopsis Filem Balun Gandingan Izara Dan Beto

Sinopsis Filem Balun Gandingan Izara Dan Beto


Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan sejak Hassan kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia 12 tahun. Hassan membuat keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Setibanya Hassan di bandar Taiping, Hassan diancam dua pihak yang berbeza iaitu pihak gangster dan penyamun di kampung. Kejar mengejar berlaku di tengah bandar Taiping oleh kumpulan gangster dan diekori penyamun kerana Hassan menggagalkan cubaan merompak yang dilakukan mereka di sebuah pasar raya.
Insiden itu membawa Hassan ke kampungnya yang sudah hampir 17 tahun ditinggalkan. Semua berlaku dalam sekelip mata apabila Hassan sampai ke kampungnya. Hassan hampir terlanggar seorang gadis bernama Nur Ain ekoran dikejar penyamun.
Sekumpulan pesilat kampung yang diketuai Uwais menyerang Hassan tapi dihalang Tok Penghulu yang membuatkan Hassan begitu pasti dia telah sampai ke kampungnya sendiri tetapi kurang disenangi Nur Ain.
Pelakon filem Balun : Izara dan Beto

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara