Saya Sudah Puas Dicalonkan - Linda Onn Tarik Diri Dari ABPH

Selepas berita tarik diri dari Adi Putra untuk pencalonan ABPH,kini Linda Onn pula menarik diri dari pencalonan.Namun Linda Ada alasan yang tersendiri kenapa beliau menarik diri dari pencalonan ABPH

linda onn

Kata Linda :
Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya. Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian
Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding. Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti.

Sebagai peminat kita perlulah menghormati keputusan beliau.Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara