Niat yang tersemat sebaik mengikuti berita kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza di bumi Palestin sejak Maal Hijrah lalu mendorongnya berbuat sesuatu demi meringankan beban saudara seagama dan antara caranya adalah menerusi pengumpulan dana.
Baginya, trofi dimenangi menjadi koleksi sentimental yang tentu saja tidak boleh diukur dengan wang ringgit, namun andai ia mampu membantu insan lain, sekurang-kurangnya hasil penjualannya memberi nafas kepada mereka yang memerlukan.
"Berita rejim Zionis membedil Gaza dan membunuh insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak sangat merobek hati. Sebagai Muslim, saya tidak boleh berpeluk tubuh. Bagaimanapun, saya bukan jutawan. Saya berharap orang ramai memahami tujuan lelongan ini. Saya yakin pembelinya nanti mempunyai niat sama, selain menjaganya sebaik mungkin.
"Memang ada yang melayangkan pandangan sinis dan mempertikaikan mengapa perlu melelong trofi? Mereka kata, doakan saja dari jauh. Ya, selain berdoa, kita perlu berbuat sesuatu. Saya percaya Tuhan memberikan saya rezeki (trofi) ini bersebab dan kini saya memanfaatkannya ke jalan yang baik, iaitu membantu saudara seagama.
"Tidak perlu mempertikaikan keputusan ini, saya berterima kasih kepada peminat dan penganjur anugerah yang menghadiahkan semua trofi. Saya amat menghargainya. Semoga niat baik tidak disalah erti serta dipermudahkan-Nya," kata nya.
Twitternya Faizal
"Saya mahu menjual atau melelong semua trofi milik saya bagi mengumpul dana untuk GAZA. Semua trofi saya."Syabas diucapkan kepada Faizal diatas niat baiknya itu.
0 comments:
Post a Comment