Abu Bakar bersama Jalur Gemilang dan buku mengisahkan abangnya pencipta bendera itu.
Dulu aku pernah juga tercari-cari siapa yang cipta bendera jalur gemilang ni.Rasanya beliau patut diberi pengiktirafan atas jasa yang diberikan itu..
Keratan akhbar :
JOHOR BAHRU - “Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit… tidak mengapa satu hari nanti orang akan tahu siapa penciptanya,” begitulah luahan rasa Allahyarham Mohamed Hamzah,pencipta Jalur Gemilang semasa hayatnya kepada adiknya, Abu Bakar.
Raut kekesalan itu jelas terpancar di wajah Abu Bakar yang merupakan adik bongsu daripada 10 beradik keluarga Allahyarham Mohamed apabila mengenangkan nasib pencipta bendera Malaysia itu.
Menurut Abu Bakar, 77, biarpun abangnya yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor disahkan sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun tiada pengiktirafan dan anugerah yang dikurniakan, apatah lagi royalti.
Bukan harta kekayaan yang kami inginkan, apatah lagi gelaran untuk disanjung, cukup sekadar jasa dan sumbangan abang diiktiraf.”
“Jalur Gemilang kini diarak sekeliling dunia, dibawa ke angkasa, malah dikibar di Olimpik, mereka mengharumkan nama negara disanjung dan diberi pengiktirafan, namun jasa abang?
“Saya sudah serik dan berasa sedih dengan janji dan liputan yang diberikan untuk abang, kini saya tidak mahu berlembut lagi,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Pandan, semalam.
Abu Bakar menuntut wang royalti sebanyak RM1 juta setahun daripada kerajaan bermula pada 31 ogos 1957 Jalur Gemilang dikibar di Dataran Merdeka.
“Niat saya hanya satu, duit itu saya akan guna untuk ketenangan abang.Saya akan bina masjid di 14 negeri yang diterjemah menerusi 14 bucu bintang pada Jalur Gemilang yang dinamakan atas nama abang, atau Jalur Gemilang atau nama lain yang lebih bersesuaian,” katanya.
Abu Bakar juga memberitahu, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur, bukanlah golongan berkemampuan malah kos baik pulih pusara abangnya juga tidak dapat dilunaskan..
Sumber dari forblogger..
0 comments:
Post a Comment