Sinopsis Drama Darjat Tv 3 Lakonan Syazwan Zulkifli

Drama terbaru dari Tv iaitu Drama Darjat.Mungkin kini adalah musim rancangan yang best dikeluarkan oleh stesen televisyen..

Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3

Info Drama Darjat

Pelakon :Ika Nabila,Syazwan Zulkifli,Talha Harith
Tayangan :Tv3 jam 4 petang 
Isnin hingga Khamis


Sinopsis Drama Darjat Tv3

Drama ini berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini?

Tak sempat lakot den nak melayan..banyak sangat drama skunk ni.

0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara