Demam Maharaja Lawak Mega 2012

Mungkinkah Maharaja Lawak Mega 2012 lebih hot dari yang lepas?Siapa lagi kalau bukan korang yang tentukan..
Jom jejak serba sedikit tirai Maharaja Lawak Mega 2012

Info Maharaja Lawak Mega 2012

HARI: Setiap hari Jumaat,
MASA: 10.00 malam
MULAI: 9 November 2012
SALURAN: Astro Warna (saluran 132)


Memasuki musim yang kedua, pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.
Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 jam 6.00 petang hingga 17 September 2012 jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012 di www.Maharajalawakmega.com.my. Namun itu, orang ramai dikehendaki mendaftar menerusi Log Masuk Facebook terlebih dahulu sebelum mengundi para peserta kegemaran masing-masing. 
7 peserta yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah dua peserta solo iaitu SHEM dan IDLAN serta 25 peserta berkumpulan iaitu GLAMOUR TAK PERLU, TUTUP BOTOL OREN, SHAM, SAT SAT, 3A, PARPU, KETAMPI, MAMU, INGKE, KLAUT, V2, AWAS, BUAYA, KERING, HAI, XN3, DUO, ABC, I S U (I SUE YOU), NGAM, KECIK, AJK, PANAS, BALAS dan OMG.

Sentiasa bersama saya di blog ini untuk maklumat dan berita terkini Maharaja Lawak Mega 2012..


0 comments:

Post a Comment

 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara