Showing posts with label Sinopsis Drama. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Drama. Show all posts

Video Full Sehangat Asmara Episode 3

Thursday 24 January 2013
Jom tonton online sehangat asmara episode 3!


Video online Sehangat Asmara Episode 2

Monday 21 January 2013
sinopsis drama sehangat asmara

Saksikan episode 2 Sehangat Asmara malam ini :)
Videonya selepas habis tayangan kat Mustika yer dear :)

Update :Sehangat Asmara Episode 2

Video Sehangat Asmara Episode 1

Selepas Adam dan Hawa,mungkinkah fenomena Sehangat Asmara sehangat dramanya?Papepun jom layan Sehangat asmara episod 1 :




Tonton online sehangat asmara episode 1

Gambar Kad Kahwin Diana Danielle Dan Farid Kamil

Friday 26 October 2012
Comel dan cute sangat kad kahwin Farid Kamil dan Diana Danielle yang bakal berkahwin pada November ini.

kad kahwin diana danielle farid kamilkad kahwin diana danielle farid kamil
kad kahwin diana danielle farid kamil

Sinopsis Drama Darjat Tv 3 Lakonan Syazwan Zulkifli

Friday 28 September 2012
Drama terbaru dari Tv iaitu Drama Darjat.Mungkin kini adalah musim rancangan yang best dikeluarkan oleh stesen televisyen..

Sinopsis Pelakon Drama Julia TV3

Info Drama Darjat

Pelakon :Ika Nabila,Syazwan Zulkifli,Talha Harith
Tayangan :Tv3 jam 4 petang 
Isnin hingga Khamis


Sinopsis Drama Darjat Tv3

Drama ini berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini?

Tak sempat lakot den nak melayan..banyak sangat drama skunk ni.

Tonton Online Drama Adam Dan Hawa Episode 18

Monday 24 September 2012

Best tak Adam dan Hawa episode 17 semalam?Haaa mesti la best kan3?hehehe..Jadi untuk meneruskan lagi keasyikan korang semua melayan Adam dan Hawa,kali ni kita tonton online dan download Adam dan Hawa episode 18 pula..

Sinopsis Adam dan Hawa episode 18

Tonton Online Adam dan Hawa episod 18



Video Promo adam dan hawa episode 18

Drama Kau Yang 1 Dari Novel Ke Drama

Lagi-lagi citer drama dipetik dari novel?Korang dah naik muak ker?Hehehe tapi yang pasti harapnya drama yang diadaptasi dari novel ni samalah seperti cerita dalam novel yang tak boring..


Sinopsis Drama Kau Yang Satu 

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.
Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.
Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelum

Harap hero kacak la sebab yang tak kacak ni saya jarang tengok walaupun citer best..hehehe jahat perangai..

Lagu tema Drama Kau Yang Satu (Coming soon)
Barisan pelakon Kau Yang 1 (Coming soon)



Sinopsis Drama Benci Jadi Cinta Astro Ria

Sunday 23 September 2012
Sinopsis Drama Benci Jadi Cinta Astro Ria

Alya, adalah gadis cantik yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong.Raharjo, ayahnya, seorang penjudi yang memiliki banyak hutang. Tapi Alya selalu menemukan cara untuk melunasi seluruh hutang ayahnya itu.
Reihan Setyawan merupakan satu-satu satunya ahli waris dari pemilik jaringan hotel terbesar di Indonesia. Tasya adalah kekasih Reihan.Dia seorang atlet bulu tangkis terkenal di dunia. Kesibukannya bertanding , membuat Tasya selalu melakukan perjalanan jauh ke beberapa negara.Namun cintanya yang teramat besar pada Reihan, membuatnya kembali ke Indonesia.
Reihan tak sengaja melanggar Alya dan membawanya ke rumah sakit. Pada saat yang sama, Reihan mendapat masalakerana harus melayan beberapa tamu dari Jepun, sementara dia tidak memiliki pegawai yang boleh berbahasa Jepun. Saat itu, Reihan tak sengaja melihat kad nama Alya. Disitu dia tahu bahwa Alya boleh berbahasa jepun. Reihan pun menggunakan jasa Alya. Atas pertolongan Alya, para investor dari Jepun yang sangat potensial itu menyukai   selama berada di tempat Reihan.
Hermawan (Datuk Reihan) ingin sangat bertemu dengan cucu perempuannya sebelum ia meninggal. Reihan pun mencadangkan agar Alya berpura-pura sebagai cucu datuknya yang telah lama hilang itu. Sementara Reihan terus berusaha mencari sepupunya yang sebenarnya.
Untuk sementara waktu rencana itu berjalan lancar dan pencarian yang dilakukan Reihan terhadap sepupunya juga mengalami kemajuan. Yang lebih penting, kesihatan Hermawan mulai membaik berkat kehadiran Alya. Diam-diam Alya sendiri mulai jatuh cinta pada Reihan.Tapi tanpa pengetahuan Alya, rupanya, Reihan pun tertarik dengannya.

Info Benci Jadi Cinta Astro Ria
Barisan Pelakon
  • Nia Ramadhani - Alya
  • Jonathan Frizzy - Reihan
  • Fathir Muchtar
  • Donita
  • Nuri Maulida
  • Rezky Aditya
  • Basuki
  • Kaharudin Syah
  • Ivanka Suwandi
  • Hj.Endang

Betul ke drama ni tiru sebijik macam Korean Drama My Girl?Korang tengok la nanti betul ke tidak..Nia Ramadhani memang cantik..Sekarang dah ada anak dah..



Sinopsis Drama Ikatan Tv2

Bercuti sekejap dari layan Drama Adam dan Hawa,apa kata kita tengok jugak drama apa yang menarik di Tv2..

Sinopsis Drama Ikatan Lakonan Mantap Ayu Raudah dan Iqram Dinzly

Ikatan mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Noraini dan Fariz yang bersahabat sejak kecil patahlagi kedua ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Namun takdir memisahkan mereka apabila bapa Fariz dihantar bertugas ke tempat kerja baru. Sebagai kenangan perpisahan, Noraini memberikan hadiah kepada Fariz. Fariz yang tidak memberikan hadiah semasa perpisahan tersebut berjanji untuk membalas hadiah Noraini apabila mereka bertemu semula. Perpisahan dan janji-janji tersebut diabadikan dalam sebuah portrait oleh bapa Fariz.

Noraini dan Fariz tidak pernah bertemu semula selepas itu sehinggalah 22 tahun kemudian. Ketika itu kehidupan Noraini penuh cabaran dan rintangan setelah dipisahkan keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa. Noraini yang bekerja sebagai penyelia kilang juga telah berpisah dengan suaminya, Rostam apabila suaminya dipenjara kerana menyamun.

Sinopsis drama Ikatan, TV2




Fariz pula menjadi seorang akitek yang berjaya dan memiliki cinta hatinya sendiri bernama Suraya. Fariz sibuk melayan kekasihnya dan ketika melihat gambar-gambar lama bersama-sama Suraya, Suraya terjumpa sekeping gambar Fariz semasa zaman kanak-kanak bersama seorang kanak-kanak perempuan. Ibu Fariz menceritakan kepada Suraya dan Fariz kisah di sebalik potret tersebut. Fariz menyimpan gambar tersebut, bertujuan untuk mencari dan menunaikan janjinya kepada ‘Baby’.

Kehidupan Noraini nampak cerah apabila ia ditawarkan bekerja sebagai pembantu kerani akaun oleh syarikat tempat ia bekerja, namun kesihatan anaknya Azam yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang membantutkan usaha tersebut. Dia terpaksa kerap meminta cuti dari majikannya. Lebih mendesak, kos rawatan yang tinggi juga memaksa Noraini meminjam wang dari rakan sekerja.

Rakan sekerja Noraini membantu mengumpul dana di kilang tempat mereka bekerja, namun jumlah kutipan terlalu sedikit. Bagi membantu Noraini, pihak kilang mencadangkan Noraini mendapatkan bantuan akhbar. Walaupun agak keberatan, namun demi kesihatan anaknya Noraini bersetuju. Apabila cerita Noraini keluar diakhbar, ia mendapat reaksi baik dari orang ramai. Ramai yang tampil menderma termasuk Fariz. Fariz tidak mengenali Noraini tetapi mengecam muka Noraini yang dilanggarnya di laluan pejalan kaki hospital, ketika Azam pertama kali dikejarkan ke hospital. Ketika itu Fariz berada di hospital untuk bertemu rakan baiknya Dr. Daud.

Ibu Noraini yang telah berpisah dengan anaknya semenjak Noraini berkahwin lari dengan Rostam turut membaca cerita Noraini di dalam akhbar. Kasihan terhadap nasib Noraini, Radziyah telah menghubungi dan membantu Noraini tanpa pengetahuan suaminya.

Konflik berlaku bila Rostam yang baru sahaja keluar dari penjara juga terbaca cerita Noraini. Dia mahu membalas dendam kerana Noraini melarikan diri bersama anaknya 3 tahun lalu. Rostam mula mengintip segala pergerakan Noraini. Ketika Noraini baru sahaja keluar dari bank, begnya telah diragut. Rostam datang membantu Noraini dan cuba berbaik-baik semula dengan Noraini. Noraini tidak tahu bahawa Rostamlah perancang semua itu dengan rakan-rakannya.

Lalu apakah penyudahnya? Dapatkah Noraini mengharungi cabaran hidup yang merintang di hadapannya? Bagaimana pula kesudahan episod cinta antara Fariz dan Suraya akibat salah faham yang tidak dapat dielakkan?

Pelakon Drama Ikatan :Ayu Raudha,Iqram Dinzly
Saksikan kesudahan drama ini hanya di Tv2..

Tonton Online Drama Adam Dan Hawa Episod 17

Thursday 20 September 2012
Seperti biasalah layan lagi dan terus lagi demam Adam dan Hawa tak surut-surut..Jom layan drama Adam dan Hawa episode 17..










watak yang akan muncul sebagai orang ketiga nanti..Ain ni,pilih la Am tu..Kalau saya,memang takkan tolak la!

Sinopsis Adam dan Hawa episod 17
Adam Mukhriz gagal memujuk Ain Hawani untuk bersamanya. Am berasa kecewa.Mama Am cuba menenangkan dan tidak berputus asa supaya hubungan Am dan Ain tidak putus di tengah jalan. Ain masih lagi tidak mampu untuk menerima Am.Masihkah ada kemaafan di sudut hati Ain walaupun kesilapan itu tidak disengajakan?

Tonton Online Adam dan Hawa episod 17(soon)


Sinopsis Bayu Cinta Luna Slot Mutiara Hati Tv9

Tuesday 18 September 2012
Drama Indonesia terbaru di Tv9 yang menampilkan pelakon-pelakoh hebat.Teruskan membaca info Drama Bayu Cinta Luna Slot Tv9


Info Drama Bayu Cinta Luna 

HARI: setiap Isnin hingga Jumaat
MASA SIARAN : 5.30 petang
SLOT: Mutiara Hati TV9
EPISOD: 137 Episod
SENARAI PELAKON: Bunga Citra Lestari sebagai Luna, Chico Jericho sebagai Bayu, Fendy Chow sebagai Bimo

Sinopsis Bayu Cinta Luna Slot Mutiara Hati Tv9


Persahabatan Rahman dan Imran berlanjut pada keturunan mereka. Dua anak lelaki Rahman, yakni Bayu dan Krisna, bukan hanya berkawan rapat dengan Bimo anak Imran. Malah mereka bekerja di pejabat yang sama.
Sementara itu, Luna baru saja berhenti bekerja karena sebab yang sepele. Ketuanya bersikap kurang ajar padanya dalam suatu pesta, hingga menjadikan orang lain berpikiran kotor tentang dirinya, termasuk Bayu yang hadir di sana.
Di luar dugaan Bayu, Luna memohon kerja ke pejabatnya. Bimo yang secara diam-diam menyukai Luna, berpesan kepada Bayu agar menjaga gadis cantik itu. Namun Bimo merasa kesal karena Bayu menuduh Luna sebagai murahan.
Dengan peredaran masa, Bimo akhirnya berani meluahkan perasaannya. Namun pada masa yang sama, Bayu turut menyadari bahawa Luna merupakan seorang gadis cantik dan baik. Bayu turut jatuh cinta kepada Luna. Tapi dia bimbang, antara memilih persahabatannya dengan Bimo atau memilih cintanya kepada Luna. Sungguhpun dua pilihan sukar, tapi keputusan harus diambil.


Cantik la Bunga ni kan :) memang sesuai namanya Bunga :)

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah Aaron Aziz dan Nadiya Nissa

Sunday 16 September 2012
Lagi gandingan Nadiya Nissa dan Aaron Aziz dalam Drama Anugerah Dendam Yang Terindah yang baka ditayangkan di Astro.Wah tu dia penangan hebat drama Adam dan Hawa nampaknya nadiya Nissa sesuai digandingkan dengan Aaron Aziz..

pix_middle

Filem Anugerah Cinta Yang Terindah Terbitan  Global Station Sdn Bhd

Sinopsis Anugerah CintaYang Terindah (Akan diupdate)
Lagu tema Anugerah cinta Yang terindah

Jom layan gambar-gambar scene dalam Drama Anugerah Dendam Yang Terindah


Untungla dapat berlakon dengan Aaron..Waaa saya suka Aaron!

Drama Jauh Adaptasi Dari Novel Jauh (Aisya Sofea)

Memang trend sekarang kot setiap drama diadaptasi dari novel.Paling hot sekarang tentunya drama Adam dan Hawa adaptasi dari Novel Adam dan Hawa..

Kali ini saya perkenalkan pulak Drama yang bakal diterbitkan yang diadaptasi dari novel Jauh hasil karya  Asiya Sofea..



Info Drama Jauh
Tajuk Drama :Jauh
Adaptasi dari Novel Jauh
Senarai pelakon : Adi Putra(Fikri),Fauziah Gous(Syafikah),Anzalna
Lagu tema drama Jauh :(akan diupdate)

Sinopsis Drama Jauh :


Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.
Gambar-gambar scene Drama Jauh :

 


Adakah Drama Jauh sehangat drama Adam dan Hawa?Sama-sama kita nantikan!





Drama Cinta Jangan Pergi Gandingan Tiz Zaqyah dan Kekasih

Saturday 15 September 2012
Drama Cinta Jangan Pergi 

Drama terbaru Cinta Jangan Pergi merupakan sebuah drama gandingan Tiz Zaqyah dan kekasihnya Remy Ishak..


Info drama Cinta Jangan Pergi

Judul drama: Cinta Jangan Pergi
Pelakon: Tiz Zaqyah, Remy Ishak,Nadiya Nissa, Esma Daniel
Channel: TV9
Slot: Ratu
Waktu Tayangan: 8.30-9.30 malam
Pengarah: Khabir Bhatia
Penulis skrip: Mira Mustaffa

Barisan Pelakon:
Tiz Zaqyah sebagai Lea Soraya, 
Remy Ishak sebagai Khalil
Josiah Hogan sebagai Hud
Bil as Jd
(Agak pelik nama wataknya ye )



wahwah semakin rancak lakonan Nadia Nissa semenjak menjadi heroin untuk Drama Dam dan Hawa di Astro Mustika Hd..

Sinopsis Drama Nur Iman Di Tv1

Tuesday 11 September 2012
Sinopsis Drama Nur Iman Di Tv1

Kartina Aziz dan Normah Damanhuri dalam Nur Iman

Rasa rindu yang membuak-buak terhadap anak yang telah meninggalkannya lebih 20 tahun menghambat perasaan Mak Jah untuk menjejak kehidupan anak kandungnya itu hingga ke Kuala Lumpur.
Mak Jah sedar, anaknya Eman bukan sengaja mahu meninggalkan mereka sebaliknya dia telah dihalau oleh arwah suaminya kerana satu kejadian yang tidak terduga. Hinggalah dalam perjalanan, Mak Jah telah menyelamatkan pemuda bernama Iman Irshad yang cedera walau pun tidak dipersetujui oleh Lim.
Kejadian berikutnya dimana Leha terkejut melihat Iman Irshaad berada di rumah Mak Jah. Dia mendesak Mak Jah jelaskan siapa yang Mak Jah bawa balik, tetapi Mak Jah meminta Leha rahsiakan hal kehadiran Iman Irshad.
Rafi dan Jamil amat gembira bila Iman Irsyad tidak datang kerja kerana ini akan memudahkan lagi ‘misi rahsia’ mereka mencuri stok-stok barangan keperluan harian di tempat kerja untuk dijual untuk dapat duit lebih sebelum menjelang raya. Sementara Intan, bimbang Iman Irshad tak datang-datang kerja dan hilang ‘tanpa dapat dikesan’. Dia adukan hal itu pada Aida, namun Aida pandang ringan kerana yakin Iman Irshad selamat dan boleh menjaga dirinya sendiri.
Walaupun Iman Irshad ‘menolaknya’, Mak Jah tidak putus asa dekati Iman Irshad sehingga menyebabkan dia lupa sebentar niatnya ingin mencari Eman. Rahsia Mak Jah ‘mengurung’ Iman Irshaad sedikit tersingkap selepas Mila, datang ke rumahnya menghantar juadah berbuka puasa.
Mila menyusup masuk ke rumah Mak Jah menggunakan ‘kunci pendua’ Mak Jah yang disimpan Leha ketika Mak Jah keluar selepas tidak berpuas hati Leha seperti cuba sembunyikan sesuatu darinya (Mila) bila dia beritahu kejadian ‘aneh’ di rumah Mak Jah. Mila terkejut melihat Iman Irshaad. Iman Irshaad mahu Mila membuka rantai yang membelenggu kakinya. Dia ingin balik ke Kuala Lumpur kerana ada hal penting.
Kehilangan Iman Irshad mula merisaukan Aida. Dia mendesak Eman mencari Iman Irshad tapi Eman seperti tidak ambil berat pasal Iman. Aida keluarkan berita kehilangan Iman Irshad di dalam surat khabar dan disedari Mila. Mila hubungi Aida dan beritahu di mana Iman Irshad. Eman amat terkejut bila dapati alamat di mana Iman Irshad berada adalah rumahnya. Dia balik ke kampung.
Mampukah harapan Mak Jah ingin bertemu Eman akhirnya tercapai? Siapakah pula Iman Irshad yang ditolongnya?

 Kasih ibu dan anak dalam Nur Iman

Barisan Pelakon Nur Iman Tv 1 :

 Kartina Aziz, Bil Azali, Normah Damanhuri, Erin Malik, Eizlan Yusuf dan Yasmin Marissa


 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara