Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts

Sinopsis Filem Hantu Kapcai Lakonan Zizan

Tuesday 11 September 2012
Poster Hantu Kapcai

Sinopsis Filem Hantu Kapcai Lakonan Zizan


HANTU KAPCAI mengisahkan tentang Ajib (Zizan Raja Lawak) seorang despatch yang mati akibat menyertai lumba haram. Bagaimanapun keadaan menjadi huru-hara apabila rohnya hanya dapat dilihat oleh Ibrahim (Fizz Fairuz).
Ajib, Mat rempit yang mati ketika perlumbaan haram perlu melunaskan hutang duniawinya untuk membebaskannya dari terus terperangkap di antara alam nyata dan ghaib.
Mampukah Ajib mencari ketenangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarganya?

Trailer Hantu Kapcai

Pelakon Filem Hantu Kapcai

Neelofa,Zizan Razak,Fizz Fairuz,Remy Ishak

Sinopsis Filem Balun Gandingan Izara Dan Beto

Sinopsis Filem Balun Gandingan Izara Dan Beto


Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan sejak Hassan kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia 12 tahun. Hassan membuat keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Setibanya Hassan di bandar Taiping, Hassan diancam dua pihak yang berbeza iaitu pihak gangster dan penyamun di kampung. Kejar mengejar berlaku di tengah bandar Taiping oleh kumpulan gangster dan diekori penyamun kerana Hassan menggagalkan cubaan merompak yang dilakukan mereka di sebuah pasar raya.
Insiden itu membawa Hassan ke kampungnya yang sudah hampir 17 tahun ditinggalkan. Semua berlaku dalam sekelip mata apabila Hassan sampai ke kampungnya. Hassan hampir terlanggar seorang gadis bernama Nur Ain ekoran dikejar penyamun.
Sekumpulan pesilat kampung yang diketuai Uwais menyerang Hassan tapi dihalang Tok Penghulu yang membuatkan Hassan begitu pasti dia telah sampai ke kampungnya sendiri tetapi kurang disenangi Nur Ain.
Pelakon filem Balun : Izara dan Beto

Sinopsis Filem Aji Noh Motor

Monday 10 September 2012
Maaf yer bukan ajinamoto tapi Aji Noh Motor..Filem terbaru lakonan Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa.

Sinopsis Filem Aji Noh Motor :

Filem Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya, Noh.
Aji seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Aji menang, dia hanya akan mengambil keseluruhan atau alat ganti mereka yang kalah saja. Noh pula sebaliknya apabila dia disifatkan sebagai insan yang taat dalam mengerjakan tuntutan agama meskipun dalam keadaan buta.
Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.
etiap kali Aji keluar rumah untuk berlumba, Noh pula akan pergi ke surau. Di sana, Noh bertemu dengan Sutra yang berjaya menambat hatinya. Atas kekurangan diri Noh, percintaan itu tidak diterima ayah Sutra. Selain itu, Noh meminta abangnya untuk membawanya menunaikan haji sebagai hadiah hari lahirnya. Aji yang sedia maklum bahawa perbelanjaan ke Mekah melebihi apa yang dia mampu, mula mencuba pelbagai usaha untuk mengumpul duit meskipun ada antara caranya menyalahi undang-undang dan agama.




Filem Aji Noh Motor

Saksikan filem terhebat ini di pawagam 

Sinopsis Filem Untuk Tiga Hari Lakonan Mantap Afdlin Shauki

Filem Untuk Tiga Hari

Filem Untuk Tiga Hari

Info Filem Untuk Tiga Hari

FILEM: Untuk Tiga Hari
ARAHAN: Afdlin Shauki
PELAKON: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah
GENRE: Drama romantis
TAYANGAN: 12 April 2012

Sinopsis Filem Untuk Tiga Hari


Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Filem Untuk Tiga Hari merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah yang juga penulis bagi novel Lagenda Budak Setan.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki,Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

Dah trends agaknya untuk tahun 2012 ni semua drama dan filem diadaptasi dari novel..paling hot sekrang adalah drama Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz

Sinopsis Filem 2 Kalimah

Thursday 6 September 2012

Filem 2 Kalimah

Pelakon filem 2 kalimah : Shaheizy Sam dan Nora Danish
Pengarah: Eyra Rahman


Trailer 2 kalimah :



Sinopsis Filem 2 Kalimah (Terbaru)

Filem 2 Kalimah mengisahkan Aiman (Shaheizy Sam) dan Selena (Nora Danish) menghadapi tiga kematian dan melihat sendiri azab si mati.

Selena dan Aiman semakin terpesong akidah dan terpaksa menipu keluarga Aiman bahawa mereka sudah berkahwin bagi menutup kandungan Selena.

Namun, semakin hari Selena semakin tertekan dan nekad untuk menceritakan perkara sebenar kepada keluarga Aiman. Ini kerana dia takut dengan azab yang dilihat, namun dihalang Aiman. Ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan pergerakannya terbatas sehingga sukar mengucapkan dua kalimah shahadah.

Saksikan filem 2 kalimah ni yer..pastinya terhebat!



 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara