Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Fizz Fairuz Bertunang Hanya Seminggu Dan Putus Pulak

Wednesday 20 February 2013
Terkejut Cik Ted baca khabar dari Fizz Fairuz yang baru jer bertunang minggu lepas dengan seorang gadis Kuantan Pahang tiba-tiba putus tunang sudah.


Kata Fizz :

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” 

Kepada Fizz harap bersabar yer.. Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.[metro]

Patut la Cik Ted pelik barcinta dengan Almy tapi bertunang dengan orang lain pulak..

Gambar Suami Farah Asyikin Dari Cape Town

Sunday 10 February 2013
Lama menyepi akhirnya Farah Asyikin dikhabarkan telah selamat berkahwin dengan seorang jejai dari Cape Town.Mereka berkenalan di Twitter dan banyak berkongsi soal agama.

Gambar farah Asyikin dan suami.



Kredit gambar beautifulnara :) Suami farah bernama Mohd Zahir :)

Azza Elite Kini Tampil Dengan Imej Bertudung

Tuesday 29 January 2013
Rahmat Tuhan memang ada dimana-mana dan bila-bila masa.Buktinya tengok saja penghijrahan artis-artis malaysia yang "free hair" kepada bertudung..Alhamdulillah Azza juga salah seorang yang dibuka pintu hatinya untuk bertudung.Gambar Azza Elite bertudung :
azza elite bertudung
Menerusi  Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.
azza elite bertudung
Tahniah diucapkan kepada Azza.Semoga imej ini berkekalan selamanya :) kan manisbertudung ..cantik gitu,suami pun sayang..hehehhe
azza elite bertudung

Lisa Surihani Hilang Rm 50,000,Kakitangan Bank Ditahan

Thursday 24 January 2013
Lisa Surihani yang hilang Rm 50,000 baru-baru ni berkemungkinan dapat balik wangnya apabila seorang kakitangan bank ditahan berikutan kes tersebut.Wanita tersebut telahpun ditahan dan sedang disoal siasat.

lisa surihani

Laporan dari  Harian Metro semalam melaporkan, kakitangan bank wanita yang merupakan seorang ibu itu telah membatalkan kad ATM Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan membuat pengeluaran berjumlah RM50,000 di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini. Selepas melakukan perkara keji tersebut, kakitangan bank wanita itu telah memohon untuk ditukarkan ke cawangan Sabah.

lisa surihani

Nak curi pun wang Lisa Surihani pulak tu.Tak pasal-pasal dah kena.Semoga kes ni dijadikan pengajaran untuk semua.

Beego dan Kekasih Artisnya Nikah Tahun Depan

Tuesday 22 January 2013

Inilah kekasih Beego.Dalam diam mereka bercinta rupanya.Dengar khabar mereka akan mendirikan rumahtangga tahun depan.Kata Linda kepada media :

"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.

Pada laporan bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, pada 3 November lalu.

Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan sebagai kekasih selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun 2012.

Mereka kini sedang sibuk dengan jadual pengambaran sebuah filem.kredit info kepada Mstar :)

Eira Syazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Thursday 10 January 2013
gambar anak eira syazira

Twitter Eira Syazira

anak eira syazira

Tahniah diucapkan kepada Eira dan suami yer..Semoga bay perempuan mereka kiut miut mcam ayah dan mamanya :)

Cutenya Anak Sulung Nabil Raja Lawak

Sunday 25 November 2012

Gambar Bayi Perempuan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Nabil bin Ahmad dan pasangannya Nazirah Ayub diatas kelahiran cahaya mata sulung jam 8.40 pagi tadi.

Bayi perempuan comel seberat 2.67kg yang dilahirkan melalui pembedahan  di Klinik Umra, Shah Alam.
Khabarnya doktor mencadangkan pembedahan memandangkan saiz bayi nabil yang agak besar untuk memudahkan proses kelahiran.
Nabil dan Nazirah mendapat anak perempuan(gambar majlis penikahan nabil raja lawak)

Nabil telah berkongsi berita baik ini di twitternya pagi tadi :
"Alhamdulillah wife saye dah deliver baby gurl seberat 2.67kg pada jam 8.40 pagi 25/11/2012 tq for the wishes..alhamdulillah"
Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi. Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.

Sekali lagi tahniah dan harap Nabil dapat jadi ayah yang baik kepada anaknya :)

Ameng Spring Juara Pertandingan Nasyid Dalam Penjara

Saturday 24 November 2012
Ameng Spring yang kini sedang menghabiskan hukuman penjara selama 8 tahun 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah tidak berputus asa walaupun hidupnya kini di penjara.

Ameng dan kumpulan nasyidnya, “Voices Of Prison” berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 yang berlangsung di Penjara Pengkalan Chepa.


Kredit gambar kepada Kosmo!

Kata Ameng berikutan kemenangannya:

Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid.”

Hamil 8 Bulan,Fasha Sandha Sambut Besday Lelaki Mana?

Friday 23 November 2012

Lelaki mana yang sambut besday dengan Fasha sandha ni?Mana Jejai?


Lelaki ni namanya Murshid,Fasha dan Jejai berjumpa beliau untuk sambutan hari jadi jer


jejai sentiasa ada disisi isterinya yang tercinta ye

Artis Mana Yang Lelong Trofi Untuk Bantu Gaza?

Thursday 22 November 2012


Niat yang tersemat sebaik mengikuti berita kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza di bumi Palestin sejak Maal Hijrah lalu mendorongnya berbuat sesuatu demi meringankan beban saudara seagama dan antara caranya adalah menerusi pengumpulan dana.

Baginya, trofi dimenangi menjadi koleksi sentimental yang tentu saja tidak boleh diukur dengan wang ringgit, namun andai ia mampu membantu insan lain, sekurang-kurangnya hasil penjualannya memberi nafas kepada mereka yang memerlukan.

"Berita rejim Zionis membedil Gaza dan membunuh insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak sangat merobek hati. Sebagai Muslim, saya tidak boleh berpeluk tubuh. Bagaimanapun, saya bukan jutawan. Saya berharap orang ramai memahami tujuan lelongan ini. Saya yakin pembelinya nanti mempunyai niat sama, selain menjaganya sebaik mungkin.

"Memang ada yang melayangkan pandangan sinis dan mempertikaikan mengapa perlu melelong trofi? Mereka kata, doakan saja dari jauh. Ya, selain berdoa, kita perlu berbuat sesuatu. Saya percaya Tuhan memberikan saya rezeki (trofi) ini bersebab dan kini saya memanfaatkannya ke jalan yang baik, iaitu membantu saudara seagama.

"Tidak perlu mempertikaikan keputusan ini, saya berterima kasih kepada peminat dan penganjur anugerah yang menghadiahkan semua trofi. Saya amat menghargainya. Semoga niat baik tidak disalah erti serta dipermudahkan-Nya," kata nya.

 Twitternya Faizal 

"Saya mahu menjual atau melelong semua trofi milik saya bagi mengumpul dana untuk GAZA. Semua trofi saya."
Syabas diucapkan kepada Faizal diatas niat baiknya itu.

Perut Fasha Sandha Yang Semakin Besau

Wednesday 21 November 2012
Serius comel-comel artis mahupun wanita yang bakal jadi ibu ni.Tengok la Fsha sandha kita yang semakin comel dengan pipi dan perut yang semakin maju.





Tahniah Leuniey Dan Khairul Fahmi Che Mat Kahwin Disember Ini

Tahniah diucapkan kepadaApek atau Kairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujang bersama gadis tersayang Nur Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Khabarnya tajaan perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey mencecah hampir Rm 300 ribu.Wow!

kawin apek

Sementara itu majlis persandingan sebelah lelaki akan diadakan pada 5 Januari 2013 dan resepsi di Kuala Lumpur pula pada 12 Januari 2013. Untuk makluman, jumlah tajaan yang telah diterima oleh pasangan ini sudah pun mencecah RM300,000. Pastinya ini akan menjadi salah satu wedding of the year.

Tahniah diucapkan kepada kedua bakal pengantin!

Shila Amzah Cium Tangan Sharnaaz Bagai Isteri

Saturday 17 November 2012
Kalau remaja yang tengah bercinta baca ni tak heran la sebab biasala bercinta kan,mesti nak cium tangan bagai.Tapi bila dah nama artis mesti mahu timbulkan kontriversi bila buat cenggitu di khalayak ramai.

shila ium tangan sharnaaz

shila ium tangan sharnaaz

mungkin Shila terlalu gembira kerana lagunya yang berjudul Patah Seribu telah menang dalam Anugerah Industri Muzik Ke 19 semalam :)

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik (AIM19)

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik (AIM19)

Banyak betul anugerah untuk artis ni yer..hehehe
aim

Pengacara pada malam ini ialah Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor. Bagi anda yang tiada saluran Astro di rumah, boleh menonton siaran langsung AIM19 secara online diwww.youtube.com/AstroGempak

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik ke 19

1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO

6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)

9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina
12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
15. Album Terbaik – SalamMusik
16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

updating........

All The Best Papa Kata Nora Danish Kepada Zizan..Jeng jeng jeng

Amboi romantiknya Nora Danish dan Zizan Raja Lawa bila berpapa mama dalam twitter.Ada apa-apa ker?

nora danish papa zizan

kata Mama

nora danish papa zizan

Balas papa

Pasti Zizan mendapat semangat lebih untuk membuat persembahan selepas di”papa”kan oleh Nora Danish

Agaknya Nora Danish dan Zizan berlawak manja kot..hehehe..kalau ke jinjang pelamin,i doakan :)


Fesyen Artis Di Red Carpet Anugerah Skrin 2012

Friday 9 November 2012

Ayat Rosyam Nor Yang Bikin Hot Tv Al Hijrah Di Anugerah Skrin 2012

Tak Tahu Pulak Pegi Beach Dgn Mat Salleh Rosak Akhlak - Juliana Evans

Wednesday 7 November 2012
Berikutan tersebarnya gambar Juliana Evans bersama seorang lelaki dengan berpakain ala-ala ***,hari ni Juliana di twitternya membalas kenyataan tersebut.Boleh baca sini Juliana Bergembira bersama Mat salleh

juliana evans

juliana evans

Jadi fikir-fikirkanlah yer apa betul ke tidak..huhuhu


Gambar Akad Nikah Diana Danielle Dan Farid Kamil

Friday 2 November 2012
Majlis pernikahan telah berlangsung dengan sederhana di Hotel Flamingo. Cantik sangat sebab ianya dilakukan di tepi tasik. Semoga Farid Kamil dan Diana Danielle akan berkekalan menjadi suami isteri sehingga akhir hayat dan dirahmati dengan anak yang ramai.



Lagi Gambar Majlis Kahwin Farid Kamil dan Diana Danielle

Apek Dan Leuniey Bakal Kahwin Disember Ini

Friday 26 October 2012
Itu dia cinta yang cuba dinafikan ketika dulu kini dengarnya bakal ke jinjang pelamin.Semenjak isu gambar Leuniey dan Apek tersebar melalui Instagram dulu,kini gosip mereka makin hangat tersebar.


apek dan leuniey
Terkini merpati dua sejoli ini digosipkan bakal berkahwin pada Disember ini.Persiapan perkahwinan sedang rancak dijalankan. Jika betul thaniah diucapkan yer..
 

Gambar Dan Gosip Artis Malaysia Copyright © 2011-2012 | Powered by Mimi Sara